Kemahiran Belajar (Assignment)































REFLEKSI DIRI


Fatin Nadzirah binti Yusof

Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya melaksanakan tugasan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah. Saya begitu bersyukur dan berasa sangat gembira kerana telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus yang telah diberi. 

Pertama sekali, sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, saya akui saya telah melalui pelbagai masalah. Antaranya ialah pengurusan masa yang lemah. Saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan tugasan yang diberi dapat disempurnakan dalam tempoh masa yang diberi dan ditetapkan di samping melatih diri saya untuk lebih berdisiplin dalam melakukan apa jua tugasan yang diberi. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti atau tugasan yang diberi bertangguh dan tergendala, situasi sedemikian akan menjejaskan hasil kerja seseorang. Mereka akan melakukan tugasan pada saat-saat akhir dan perkara sedemikian akan menjejaskan mutu kerja yang dihasilkan. Akibatnya, hasil kerja yang dihasilkan adalah tidak menarik dan tidak sistematik. Pendek kata, sikap menepati masa wajib dipatuhi dan disemai dalam kalangan pelajar.

Selain itu, saya menghadapi masalah komputer riba rosak. Saya mengalami kepayahan dalam mencari bahan rujukan daripada internet. Saya telah menggunakan inisiatif lain seperti pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat dari buku-buku ilmiah dan majalah. Tetapi, saya juga mengalami kepayahan untuk mendapatkan maklumat. Hal ini kerana bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan topik tugasan daripada perpustakaan adalah terhad dan tidak dapat dipinjam untuk di fotostat kerana saya belum mempunyai kad matriks ketika itu. Oleh itu, saya mengambil langkah untuk mengambil gambar maklumat-maklumat yang didapati menggunakan telefon serta membuat rujukan dengan pensyarah. Masalah ketiga yang saya hadapi dalam membuat tugasan ini pula ialah masalah dalam membuat bibliografi mengikut format APA . Namun, saya dapat menanganinya dengan merujuk kepada pensyarah dan meminta bantuan daripada kawan-kawan.

Selain itu, saya berjaya membina keperibadian yang sempurna sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya berjaya memupuk sikap keterbukaan, bekerjasama, toleransi, rasional, kesabaran, ketabahan dan sebagainya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya juga sedar bahawa kita perlulah bersikap bertanggungjawab dalam semua perkara yang telah diamanahkan kepada kita. Saya percaya tugasan yang diberi ini bukanlah semata-mata untuk menambah markah saya dalam pencapaian saya malahan turut menilai kemampuan dan ketekunan saya untuk menggalas tugas yang telah diamanahkan. Sebagai seorang bakal guru pada masa hadapan, kita perlulah sentiasa bersedia untuk memikul apa-apa tugasan yang diberi kepada kita. Kita mesti bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran dalam tugasan tersebut dan perlulah bijak untuk menangani segala rintangan yang dihadapi. Pendek kata, saya harus sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam menjayakan apa-apa tugasan yang diamanahkan kepada saya sekali gus meningkatkan akauntabiliti sebagai seorang bakal guru.

Akhir sekali, saya telah mengenal diri dengan lebih mendalam sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya merupakan seorang yang suka menangguhkan masa semasa melakukan apa-apa sahaja. Saya selalu berfikir bahawa masih terdapat banyak waktu lagi untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Namun, pengalaman daripada membuat kerja kursus ini banyak mengajar saya untuk mengurus masa dengan bijak agar hasil kerja yang terhasil akan menjadi menarik dan berkualiti. Sebagai bakal guru, pengurusan masa amat penting untuk mendisiplinkan diri. Saya juga amat bersyukur kepada rakan sekelas yang banyak membantu saya ketika menyiapkan tugasan ini. Kami kerap bertukar idea dan berbincang cara-cara untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi.

No comments:

Post a Comment